Wednesday 29 January 2014

Dalam Kenangan

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Hari ini hari ketiga kami di Kaisara dalam mood kesedihan setelah kehilangan sahabat yang sangat saya sayangi...Norzaiti Binti Masiran. Beliau meninggalkan kita pada tanggal 28.01.2014 setelah genap 20 hari beliau menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 36 tahun.

Sesungguhnya kehilangan beliau sangat-sangat saya rasai kerana beliau adalah sahabat dan adik yang saya sayang. Perginya membawa bersama kenangan manis, pahit yang pernah kami kongsi bersama.

Tetapi benarlah....janji Allah itu pasti. Kematian itu pasti. Pemergian yang secara tiba-tiba membawa kesedihan yang teramat. Namun Allah lebih menyayangi. Saya mendoakan agar roh beliau tenang di sana. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sekalung Al- Fatihah saya sedekahkan buat arwah.







Thursday 9 January 2014

Demam SMPK

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Hari ini hari akhir minggu ke 2 persekolahan 2014. Tiada apa yang luar biasa cuma sekadar ingin mengingatkan rakan-rakan tentang pengisian Data SMPK. Saya difahamkan esok sistem akan di UNLOCK. So try your best and good luck.

Saya juga akan upload Menu Standard beserta surat pekelilingnya di page surat pekeliling. Jom kita tengok ramai-ramai ye.

Hingga Jumpa Lagi.....