PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN BAGI
PERSATUAN KEBAJIKAN DAN REKREASI PEMBANTU PENGURUSAN MURID
PRASEKOLAH DAERAH SEGAMAT, JOHOR

*********************************************************************************

Sijil Induk

********************************************************************************
FASAL 1 NAMA
1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN KEBAJIKAN DAN REKREASI PEMBANTU PENGURUSAN MURID
PRASEKOLAH DAERAH SEGAMAT, JOHOR
Selepas ini disebut pertubuhan.

2. Takrif Nama : singkatan bagi nama Persatuan Kebajikan dan Rekreasi
Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah Daerah Segamat

3. Bertaraf : Lain-lain

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PAYA,
85010 SEGAMAT,
JOHOR
dan alamat untuk surat-menyurat adalah
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PAYA,
85010 SEGAMAT,
JOHOR
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke
semasa oleh Jawatankuasa;

2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah
tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 MATLAMAT

1. Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi
melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah
kemajuan negara

2. Memupuk nilai-nilai murni kepada kanak-kanak dan orang-orang dewasa bagi
melahirkan generasi yang berhemah tinggi

3. Menjalankan program dan aktiviti ke arah pembentukan sahsiah dan jati dir

4. Menganjurkan program dan aktiviti kesihatan dengan tujuan melahirkan
masyarakat yang sihat

5. Memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan

6. Menjalankan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat pertubuhan

FASAL 4 KEAHLIAN

1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut

A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Segamat
iv. Keturunan/Bangsa : Lain-lain
v. Jantina : Lelaki dan Perempuan
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Ahli-ahli Terdiri Daripada Pembantu
Pengurusan Murid Gred N17 Bahagian Prasekolah Daerah
Segamat, Johor, Berkelakuan Baik Dan Sanggup Mematuhi
Perlembagaan Pertubuhan.

B. Ahli Bersekutu
0
C. Ahli Kehormat
0
D. Ahli Seumur Hidup
0
E. Ahli Remaja
0

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli
dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu
dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan.
Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan
tanpa memberi sebab.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di
atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang
ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai
ahli.

FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi
kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan
segala hutangnya.

2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak
dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau
digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh
Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli
tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau
penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang
untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan
itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau
membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:

1. Bayaran masuk :
RM 5.00 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja)

2. Yuran :
RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)
a. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam
tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan
b. Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli )
RM Tidak Berkenaan
c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) tahun akan
menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha,
dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya
telah dijelaskan.
d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (
3 ) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan
Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil
terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima
kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
e. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi
sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu
boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada
ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah
ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahun.

3. Sumbangan
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang
dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan
jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.

4. Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual,
membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain
kegiatan ekonomi.

FASAL 7 MESYUARAT AGUNG

1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurangkurangnya
satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua
kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di
dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi
korum untuk mesyuarat.

2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan
untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh
(tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum
tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir
menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan
pertubuhan.

3. Mesyuarat Agung DwiTahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam
tempoh dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung DwiTahunan
terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda
Mesyuarat Agung DwiTahunan adalah:
a. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan
yang lalu;
b. mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah
diaudit;
c. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)
d. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14
hari sebelum Mesyuarat Agung DwiTahunan diadakan satu agenda mesyuarat
termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kirakira
Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini
juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan
Pertubuhan.

5. Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
a. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau
b. atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu
perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan
tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada
Setiausaha Pertubuhan.

6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu
tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan
oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum
tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

8. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan
Mesyuarat Agung DwiTahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi
dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang
telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka
mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini,
Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah
boleh diadakan.

9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit
Mesyuarat Agung DwiTahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan
setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 8 JAWATANKUASA

1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan
hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan:
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
2 orang Ahli Jawatankuasa Biasa.

2. Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang
menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari
Warganegara Malaysia.

3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong
dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam
Mesyuarat Agung DwiTahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula dua tahun
sekali.

4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian
Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan
Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung.
Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan
dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan
Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung.
Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam
tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.

5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 12 kali dalam
setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli
Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak
kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil
supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurangkurangnya
setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir
bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat

6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan
mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah
mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat
pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan
sebelum keputusan Jawatankuasa:
a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam
surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan
c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan
yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha
kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan
dalam minit.

7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah
meletakkan jawatan.

8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon
yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah
dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak
ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang
lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung DwiTahunan
diadakan.

9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai
lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan
yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan
sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak
cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab
yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan
memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

11. Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan
seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, suratsurat
maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah,
senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru.

FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

1. Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi
semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia
mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila
ia diluluskan.

2. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa
ketiadaannya.

3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut
perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung
dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat
dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun
dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang
mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan
tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan
alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua masyarakat
dan membuat catatan mesyuarat.

4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya
dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan.
Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan
pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci
kira-kira.

6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan
tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 10 KEWANGAN

1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang
Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi
menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran
gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta
upah juruaudit.

2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 300.00
(Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari
jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas
nama Pertubuhan.

3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah
ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka
sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan
semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.

4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja)
bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh
Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 1000.00 (Ringgit
Malaysia Seribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat
kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 300.00 (Ringgit
Malaysia Tiga Ratus Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan
bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

5. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan
diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan
seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah
diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk
diluluskan oleh Mesyuarat Agung DwiTahunan yang berikut. Setiap salinan
tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.

6. Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari
01 Januari.

FASAL 11 JURUAUDIT

1. Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam
Mesyuarat Agung DwiTahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang
jawatan selama dua tahun boleh dilantik semula.

2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi
dua tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata
kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung DwiTahunan. Mereka
juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan
Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan
membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 12 PENTADBIR HARTA

1. Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan
dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan
berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya
berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang
jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui
sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan
meteri Pertubuhan.

2. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik
tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.

FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

1. Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan
tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh
memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini.

2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang
telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli
adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG

1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi
Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu
menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.

FASAL 15 LARANGAN

1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi
Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan.

2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara
juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan
di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja
1959.

3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli
atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau
ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.

4. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966,
tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

5. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari
penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada
pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan
untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli
Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang
pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada manamana
ahli atau pekerja Pertubuhan.

6. Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.

FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN

1. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung.
Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada
Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung
yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh
pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 17 PEMBUBARAN

1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu
mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka
segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut
cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar
Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.

FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

1. Bendera
-
Keterangan
-


2. Lambang
Keterangan
Perkataan Kaisara : Ringkasan daripada nama Persatuan Kebajikan Dan Rekreasi,
Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah Segamat.
Lambang Hati : Sentiasa wujud rasa kasih dan sayang terhadap setiap insan di
sekelilingnya.
Tangan Berjabat : Bersedia menjalinkan hubungan sesama insan dalam
mengeratkan lagi perpaduan antara satu sama lain.
Lambang Bulat : Membawa maksud kemuafakatan antara ahli.
Warna Ungu : Membawa maksud mempunyai hubungan yang akrab antara satu
sama lain
Warna Merah : Membawa maksud sentiasa bersemangat melaksanakan tugasan
yang diamanahkan
Warna Biru : Membawa maksud sentiasa tenang dalam apa jua situasi
Warna Kuning : Membawa maksud sentiasa menjaga keperibadian agar lebih
berketrampilan
Warna Putih : Membawa maksud jujur dalam mendidik anak bangsa ke arah lebih
produktif.

3. Lencana
-
Keterangan
-

No comments:

Post a Comment