Tuesday 31 December 2013

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani....

Di hari terakhir tahun 2013 ini, selepas selesai pendaftaran murid baru untuk sesi 2014, suka saya ingin mengingatkan kawan-kawan dan diri saya sendiri selepas jam 12.00 tgh malam ini cuba-cuba lah buka SMPK. Harap-harap tahun ini kita dapat mengaplikasi sistem ini tanpa sebarang masalah.
Selamat ber " SMPK "....

Wednesday 25 December 2013

Ceria Di Pagi Khamis

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Saya kembali pagi ini setelah beberapa hari tidak ' mengupdate' laman ini. Sibuk sangat beberapa hari ni kerana tahun baru akan muncul tidak lama lagi. Bila tahun baru sampai maka persiapan untuk menyambutnya amatlah banyak.

Disamping persiapan kelas yang segala macam, kami juga menghadiri taklimat serta bermesyuarat . Mesyuarat Agong Tahunan Kaisara untuk sesi 2014 - 2015. Nampaknya saya masih diberi mandat dan kepercayaan serta amanah untuk menerajui Kaisara untuk tempoh 2 tahun lagi. 

Tahniah kepada AJK yang dilantik semula dan Selamat Datang diucapkan kepada yang baru pertama kali dilantik. Selamat menjalankan tugas yang diberi dan sama-samalah kita memberikan komitmen yang jitu agar segala matlamat dan objektif persatuan kita tercapai.

Kalau ada pauh di daik
Bawa sebiji ke tanah seberang
Kalau ada budi yang baik
Sampai mati dikenang orang

Sekian.........





  


Sunday 15 December 2013

Happy Monday


Assalamualaikum w.b.t...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.....

Apa khabar rakan-rakan PPM hari ini.... Agaknya apa yang anda lakukan hari ini.

Tengah bekerja atau bercuti.....

Hari ini saya sedang bertungkus lumus mengemaskini stok pra saya buat kali terakhir tahun ini....sambil2 tu pe lagi .....update blog ni la....bukan apa takut lupa pulak step2 yang telah kita pelajari hari tu.

Bila semua dah siap barulah dapat bercuti dengan hati yang lapangkan....

Ke mana agaknya destinasi percutian keluarga yang sesuai buat masa ini dengan kekangan masa dan musim tengkujuh serta gelombang ke 2 banjir yang dijangka akan berlaku pada 18 Dis 2013.

Apa2 pun Selamat Bercuti kepada yang sedang bercuti...gunakan kesempatan ini untuk refresh diri kita sebelum memulakan tahun baru yang pastinya memerlukan segala tenaga dan kudrat kita sebagai PPM.

Bagi yang sedang bertugas....Selamat menjalankan tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan kerana itu adalah amanah untuk kita...

Akhir kata....

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi....






Saturday 14 December 2013

Logo Baru


Logo-logo yang biasa kita guna
Cuma logo PPD saya belum dpt Download lg.....







Salam Ahad

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.....hari ini saya kembali ke ruangan ini setelah berhempas pulas untuk mengedit ruangan yang dipaparkan di blog Kaisara Segamat ini.
Saya juga telah melihat ke laman kawan-kawan PPM prasekolah yang lain.
Suka saya tengok kerana ada juga kawan-kawan yang masih meneruskan sesi mengedit laman masing-masing dan ternyata laman mereka bertambah cantik.
Pada kawan PPM Prasekolah Daerah segamat yang masih belum menjengah ke Laman ini sila lah berbuat demikian. Diharap kita dapat sama-sama berkongsi idea di sini.

Akhir kata untuk hari ini.....

Kalau ada pauh di daik
Bawa sebiji ke tanah seberang
Kalau ada budi yang baik
Sampai mati dikenang orang

Terbang tinggi si wau bulan
Wau bulan teraju tiga
Kita ke sini berkawan-kawan
Kurang lebih maafkan hamba.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai saya sementara nampak
Esok jangan rindu-rinduan



sekian......



Monday 9 December 2013

KOIR 2013



KUMPULAN KOIR KAISARA SEGAMAT






Kursus Pengurusan Data ICT ( BLOG )


Tarikh : 10 & 11 Disember 2013
Tempat : Makmal Komputer Sk Temenggong Abd Rahman, Segamat.




Tahniah kepada semua PPM yg terpilih menyertai kursus ini. saya mengharapkan rakan sekalian menggunakan peluang yang ada semaksimum mungkin. 
Terima kasih kepada PPD Segamat dan En Masnawi Shamsudin kerana menjadikan kursus ini satu realiti. Terima kasih juga kepada penceramah dan fasilitator yang banyak memberikan input yang sangat berguna kepada kami semua.

Selamat Datang










Selamat Datang
Diucapkan Kepada Pengunjung Blog Tersayang.