Wednesday 25 December 2013

Ceria Di Pagi Khamis

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Saya kembali pagi ini setelah beberapa hari tidak ' mengupdate' laman ini. Sibuk sangat beberapa hari ni kerana tahun baru akan muncul tidak lama lagi. Bila tahun baru sampai maka persiapan untuk menyambutnya amatlah banyak.

Disamping persiapan kelas yang segala macam, kami juga menghadiri taklimat serta bermesyuarat . Mesyuarat Agong Tahunan Kaisara untuk sesi 2014 - 2015. Nampaknya saya masih diberi mandat dan kepercayaan serta amanah untuk menerajui Kaisara untuk tempoh 2 tahun lagi. 

Tahniah kepada AJK yang dilantik semula dan Selamat Datang diucapkan kepada yang baru pertama kali dilantik. Selamat menjalankan tugas yang diberi dan sama-samalah kita memberikan komitmen yang jitu agar segala matlamat dan objektif persatuan kita tercapai.

Kalau ada pauh di daik
Bawa sebiji ke tanah seberang
Kalau ada budi yang baik
Sampai mati dikenang orang

Sekian.........





  


No comments:

Post a Comment