Sunday 15 December 2013

Happy Monday


Assalamualaikum w.b.t...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.....

Apa khabar rakan-rakan PPM hari ini.... Agaknya apa yang anda lakukan hari ini.

Tengah bekerja atau bercuti.....

Hari ini saya sedang bertungkus lumus mengemaskini stok pra saya buat kali terakhir tahun ini....sambil2 tu pe lagi .....update blog ni la....bukan apa takut lupa pulak step2 yang telah kita pelajari hari tu.

Bila semua dah siap barulah dapat bercuti dengan hati yang lapangkan....

Ke mana agaknya destinasi percutian keluarga yang sesuai buat masa ini dengan kekangan masa dan musim tengkujuh serta gelombang ke 2 banjir yang dijangka akan berlaku pada 18 Dis 2013.

Apa2 pun Selamat Bercuti kepada yang sedang bercuti...gunakan kesempatan ini untuk refresh diri kita sebelum memulakan tahun baru yang pastinya memerlukan segala tenaga dan kudrat kita sebagai PPM.

Bagi yang sedang bertugas....Selamat menjalankan tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan kerana itu adalah amanah untuk kita...

Akhir kata....

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi....






No comments:

Post a Comment